ditulis diringi background sound memori tercipta by Aman Sharifah dan dinyanyikan semula oleh…….

tak kenal siapa..

Nama ini tidak ada kene mengena dengan yang mati. kerana mereka semuanya hidup belaka.

Cuma nama itu dalam bahasa kiasan sarawak.

 

Sudah lama tidak menulis. Banyak perkara bermain di fikiran. Lebih-lebih lagi baru pulang dari travel. Tapi entah ketiadaan mood utk bercerita semuanya. Ayat simple. Semuanya pohon, tiada bunga.

 

Namun kali ini, digagahkan semangat, aku menulis juga untuk mereka.

 

Masih teringat akan satu hari yang takkan dapat aku lupakan seumur hidup aku. Iaitu ketika mendapat result A-Level. Setelah aku dan rakan-rakan bertarung nyawa (kononnya) mengerah keringat sehingga titisan neuron, DHA yang terakhir.

 

Datang mereka bersama pemandu rasmi KL, Aiman Firdaus. Walaupun saat itu aku insan terakhir yg dikutip sebelum ke stesen LRT mengambil rakan dari johor dan ktika itu terlambat kerana tugasku menghantar ayah ke kerjanya. Ku lihat insan-insan yang mewarnai hidup walaupun tidak kesemuanya, tapi serba sedikit menghilangkan rasa gelisah menantikan result esok..

 

Ini baru dunia!!!!! (Kata seorang sahabat yang sangat aku kasihi, tiba2 rindu akan lempengnya)

 

Dipendekkan cerita, aiman, aisar, wan, mad, aman, sulaiman duduk dalam sebuah kereta mewah milik aiman punye bapak menuju ke Intec Shah Alam.

 

Ketiadaan Solihin Mahadi yg sememangnya sekangkang kera perjalanan dari Sijangkang, Syamsul Amri yang jauh di seberang laut di Serawak, Apai yang datang menaiki FIXIEnya (tak tau naik apa) bersama abangnya. Aizul yang line takde tapi full-bar di kampongnya (ambek result on9)

 

Berdebar menantikan result..

Dapat panggilan daripada Apai di mana beliau telah mencuakkan kami semua. Bukan rezekinya di India, tapi Allah permudahkan urusannya di Indonesia. Dipendekkan lagi sebab mata mengantuk.

 

Parking kereta, ramai2 berjalan umpama kawad masuk ke pejabat Madam Rita yang disayangi.

 

Agak cuak. Memang cuak. Sangat cuak.

 

Dipendekkan lagi (habis sume cite kene pendek), ada yang gembira, ada yang menangis,ada yang berduka, ada semuanya.

 

Alhamdulillah!! Ayat pertama yang aku ucapkan..

Tapi aku tak gembira.. Melihat sahabatku yang lain tidak sampai cita-citanya ke India, Ireland.

Sejujurnya, aku tidak tahu adakah aku gembira pada saat itu.

Aku hnya terkaku..

Memandang orang disekeliling.

Melihat sahabatku yang aku sayangi menangis di luar pejabat.

Memandang sahabatku yang terpegun memandang result.

Mendengar sahabatku yang terus menelefon ibu dan bapa.

Aku tak gembira.. Berjaya seorang namun melihat mereka di lain dibawah adalah satu perasaan yang sngat aku benci.

Seolah-olah mendaki sebuah gunung,di mana semua saling membantu, akhirnya hanya seorang sahaja yang berjaya.

 

Aku keseorangan.

 

Mengagahkan diri menelefon keluarga yang menanti. Alhamdulillah aku hanya membawa secebis kejayaa dunia utk mereka. Mencritakan apa yang berlaku. Kedua ibu bapaku  membenarkan aku bersama mereka.

Aku tidak berani utk berkata apa2 pada mereka. Hanya ‘Sabar’ itu sahaja aku mampu aku ucapkan.

Membawa mereka ke Pusat Islam menunaikan solat zohor.

Berjumpa Solihin Mahadi yang situasinya sama seperti aku.

 

“Macam mana aku nak happy fizi? Aku lagi sedih camni”. Ayat Solihin yang kali ini tiada sedikit unsur2 sarkastik dan ‘hidden agenda’nya.

 

Adik kesayangan (tiada maksud yang lain disini) Syamsul Amri juga sama seperti kami berdua.

 

‘Kau try la pujuk diorg syam’

 

Ketika itu, itulah kali terakhir aku menjadi imam bagi sahabatku di pusat Islam.

Kerana aku tahu emosi mereka masih belom stabil.

 

Wan yang masih bersedih

Aisar yang aku tahu besar hajatnya untuk ke IMU kerana dialah teman sehidup sematiku naik motor sepanjang musim peperiksaaan.

Mad yang kononnya hati batu (cekal tu ayat baik sangat) tapi aku tahu jauh disudut hatinya ada perasaan sedih jugak. Komon la mad.. Lu dah macam kembar aku dah.

Aman yang coolio pun sama. Aku memahaminya kerana sebilik dngannya merupakan nikmat yang aku takkan lupakan.. (sekali lagi tiada maksud lain di sini)

Kacang yang memegang tanggungjawab atas keluarganya. Aku paham.

Aiman yang sedikit terubat kerana dapat bersama aku ke india. Punya la taknak berpisah ngan aku. Aku merelakan juga.

Beratnya bebanan menjadi seorang imam ketika itu.

Aku pun tidak dapat mengingat semuanya kembali.

Namun, aku sebak.

Setiap kali aku bersolat, aku selalu berdoa untuk sahabat-sahabatku.

 

“iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in”

“Engkaulah yang kami sembah, dan Engkaulah tempat kami memohon pertolongan“

Bila tiba ayat kegemaran aku ni, tidak pernah aku terlupa mendoakan kejayaan kami bersama.

Dan ketika ayat ini jugalah aku tewas..

Tidak pernah selama ni aku tewas sebegini..

Sebak suaraku meneruskan bacaan.

Sehinggakan terdengar suara tangisan pada setiap kali ucapan Allahu Akbar.

Rakaat pertama..

Kedua..

Ketiga..

Keeempat..

Aku masih menangis pada bacaan yang sama..

Aku sembunyikan segalanya pada salam terakhir.

Tugas aku untuk menghappykan mereka, bukan sedih bersama..

Bagi aku, itulah kenangan terindah dalam sebuah persahabatan kami..

Setiap saat kami luangkan bersama, gelak tawa, bahan-membahan bersama..

Aku tetap rindukan mereka.

Walaupun aku bukan yang terbaik.

Tidak ada pada masa yang diperlukan.

Msg yang tidak berbalas.

Tidak pandai bergurau seperti yang lain.

Tapi mereka inilah yang aku senantiasa doakan dari jauh.

Aku bukanlah sahabat, abang yang baik untuk menjaga semuanya

Aku serahkan pada Allah untuk menjaga mereka.

Jauh disudut hati, ingin aku putarkan masa seperti dulu kala.

Tapi semua mempunyai tanggungjawab masing2..

Moga kita berjumpa lagi..

Buat semua sahabatku yang lain juga.. rakan sekelasku dan lain2..

Maafkan aku

Dan terima kasih atas segalanya.

Setelah lama aku tidak menulis, dan setelah lama aku memendam perkara ini. dah 6bulan.

Maafkan aku. Aku tidak pandai berkongsi cerita.

Salam dari manipal india 1.3.13

Kepada yang berterbaran di bumi Malaysia, Indonesia, Ireland dan India

 

Skem!!

Skem!!

 

Photo1500

DSC02356