Jam 8 malam..
Bermulanya pertarungan sengit antara pemain badminton handalan dunia..
Lee Chong Wei (Mas) VS Lin Dan (China)
Alhamdulillah maghrib ditunaikan..
Sementara menanti Isyak, darah gemuruh jantung berdegup melihat aksi mereka..
Yang sangat bertaraf dunia.

Terleka..

8.30 malam..

Terawih? Mula mengorak langkah..
Ketika perjalanan, ramai yg masih di warung..
Kurang ramai di masjid.

Ada masalah di situ sebenarnya. Tidak mahu mengulas panjang. Fikirkan sendiri.

Pulang dari masjid. Melihat kembali pertarungan mereka.. Sedih dan hampa.. Kerana tiada rezeki pada Malaysia..
Namun di replay video yg dirakam, berulang2 kali melihat LCW terduduk meletakkan kepala diraketnya..

Dia seorang yg hebat.. Sebak. Aku sendiri sebak.. Faham akan bebannya.

image

Tahniah LCW.. Di sebalik kekalahan anda, anda sebenarnya ikon negara yang paling berjasa..
Kerana anda berjaya menyatukan semua penduduk Malaysia..

Tidak kira agama..
Tidak kira bangsa melayu cina india dan ramai2 lagi..
Tidak kira penyokong bola negeri apa
Tidak kira umno pas pkr dap sekalipun..

Semuanya bersatu menyokong anda!!

Sudah lama negara kita tidak rasa harmoni sebegitu..
Tapi anda berjaya mengubahnya..

Indahnya perpaduan itu…

Anda idola ikon sukan bagi diri ini..
Anda yg ketiga..
Selepas Swalha yg kedua..
Dan yg pertama ialah……

Nntikan.. (free to guess)

# Menantikan ikon sukan yg muslim. 17± billion umat Islam di dunia. Mengapa kita tidak dapat seorg pun menempah nama di persada sukan? Adakah Islam melarang bersukan? Umat Islam tak reti bersukan?

Kita fikirkan sejenak…

*ini adalah soalan yg ditanya kepada saya oleh seseorg yg belum mengenal Islam sepenuhnya.

Advertisements